30 September 2011

i like you , i love him

cant hold this pain anymore .

08 September 2011

cerita raya 2011

hari ni raya ke sepuluh , hari ni aku baru rasa nak cerita raya . aku memang excited gilaa kalau nak balik . packing barang pun ntah apa apa je aku bawak balik . bila tengok balik beg , banyak sampah je dalam beg . mana baju baju aku ? haha . meroyan sungguh ! hurm pagi tu pergi clinical seperti biasa . last day , memang lah aku semangat sikit nak pergi clinical . tambah tambah dah nak balik rumah . macam lipas terbang lah aku gembira dekat hospital tu . seronok tengok semua patient dah balik beraya , tinggal giliran aku je nak rembat beg balik rumah . bus pukul 8pm . aku sampai college pukul 7pm . ha berlari aku nak mandi semua . rushing gila naik taxi . dengan tak berbuka . mcd pulak orang beratur macam apa lagi . nasib baik lah ada si baim ni yang kebetulan nak bagi external hard disk dekat aku . boleh lah dia pegi check kot kot bus ada . bagus jugak baim ni . hahaha . naik bus maju express . dari luar dah nampak berkabus bus tu . baim dah cakap , bella mesti sejuk gila dalam bus ni . aku pun dengan muka poyo cakap tak pe , aku dah bawak sweater . ha , aku letak je kaki aku atas tangga bus tu , dah boleh rasa sejuk dia sampai ke tulang . woi ! ni bus ke van mayat . Ya Allah sejuknya lah hai . aku tak suka travel jauh naik bus . dah lah lama , ragam orang banyak pulak . orang seat depan aku tu , macam nak tidur atas riba aku . punyalah nak rendahkan kerusi . nak je aku tepuk dahi dia , cakap yang aku bayar rm68 memang suruh dia baring atas riba aku . grrr . dengan orang belakang aku ni yang sembang ngn pakwe kuat kuat . dia ingat dia naik motor ke , pakwe dia tak dengar dia cakap perlahan . slow down lah sikit . aku pasang lagu pun boleh denga cerita dia lagi . Ya Allah kuatnya lah hai suara kau kak . bus tu berhenti banyak jugak . berhenti minum lah , berhenti kencing lah , berhenti sahur lah , berhenti beli buah lah . tapi semua R&R dia semua macam kedai zaman cowboy . aku nak duduk dalam bus , sejuk nak mampus . bila turun , rasa macam kene bawak pistol . macam ramai je penjenayah . hahaha . aku pun turun lah , sebab nak pergi toilet kejap . aku baru kejap pergi toilet , dah ada pengumuman bus yang dah nak bertolak . tu bus aku rupanya ! ha berlari ibarat angin kata kau ! hahahaha . nasib baik sempat naik . aku nak tidur mula mula memang susah sebab sejuk sangat . nak tengok luar berkabus kabus tingkap aku . sweater aku tak cukup tebal nak kalis sejuk , mungkin aku perlu bawak comforter naik bus lepas ni . zzz . tengok tengok terlelap lah jugak . disebabkan kelekaan aku bermain bukumuka pada samsung aku yang sangat awesome ni . battery nya pun mati lah . aku dah macam okay . i am dead . kak ada call pun boleh cakap sekejap je . on that time aku rasa macam dekat simpang pulai , or mungkin somewhere else . i dont know , mamai lagi time tu . hahaha . lepas tu aku terjaga dari tidur . cehh seronok ni nampak sawah padi . dah nampak sawah padi bermakna aku dah sampai ! tiba tiba aku rasa macam aku senyum lamaaa sangat , sebab sawah padi panjang gilaa . aku dah macam , okay where am i ?! on that time , aku buat buat postive thinking lah kan . pakcik bus ni , mungkin ikut jalan lain kot . or maybe sekarang musim sawah . then after that , aku nampak signboard pekan semut ! maigod sejak bila penang ada pekan nama semut ! aku kat mana niii . and then , aku nampak signboard tunjuk langkawi . Ya Allah , kedah dah aku pergi ! aku dengan redhanya , sabar je lah sampai tiba di next pit stop . aku dengan postve thinking nya lagi , harapkan pakcik bus tu berhenti kedah dulu baru butterworth . aku dah lah tak ingat peta malaysia . mana dulu , penang or kedah ! maigod bodohnya geografi . then pakcik bus tu pun cakap , eh adik dah lama dah abang berhenti butterworth . aku dengan redha amik beg . turun dekat kedah . frankly , on that time aku plan nak pegi langkawi . hahahaha . macam seronok je kan . aku memang menuju ah dekat kaunter yang ada jual tiket pergi langkawi , tiba tiba ada pakcik jerit . butterworth butterworth . aku pun patah balik , beli tiket dengan redha . bus tu pun sejuk jugakkkk !!!! dengan hujannya lagi . okay aku confirm demam . this time memang tak berani nak tidur , kelakar betul . aku letak muka aku rapat rapat dekat tingkap supaya tak terlepas lagi signboard . seminit dua boleh tahan , dah dekat lima minit terbongkang jugak aku dekat seat bus tu yang sedap . hahaha . mamat sebelah pandang pelik je . ada aku kisah ? aku nak balik beraya di penang , and now im in kedah . aku nak balik kampung lah woi ! hahahaha . bila dah sampai butterworth , motif aku turun bus , cari surau nak charge phone . nasib baik jumpa public phone . hehehe . call abah , abah suruh call mama . abah cakap mama dah tunggu dari pagi . call mama , mama suruh cari kak ada . kak ada tunggu kat kaunter dari tadi . aku pun memusing lah mencari . last last tak jumpa . critical thinking again ! blah cari mama . hotspot . hahaha . lepas tu hujan pulak . drama nya hidup aku ni . hahaha . last last jumpa kak ada . semua orang marah aku . well i deserved it . hahaha . fun though . for me je kot . hihi . semua orang kene call . abang bangun terus dari tidur . kakak pun siap tulis kat facebook . baim pun kene tarik . semua orang cari baim , sebab nak tau aku naik bus apa . yang abah pergi cakap aku naik bus bunga . abah bus maju lah abah . seronok betul . kak ada ingat aku accident . mama suruh abang call PLUS , tanya accident ke tak . well now i know how much they love me . and how much they care about me . for sure lah kan . menyusahkan sahaja aku ni ! hihihi . lepas tu keluar isu nak kahwin , bila sampai part aku . balik kampung pun hilang , ada hati nak kawin ! ceit ! hahahahaha

*selamat hari raya everyone ! :)

06 August 2011

move on

i am not easy to give and care . but you made me fall for you . but then , you leave me . for me , friendship is much important than a guy like you . its not worth it to be like this just because of you . yeah , bitch never know how to count . relationship meant for two not three . so , i am going to back off . from now onwards , only you and her . my friend .its okay . maybe we are not meant to be together . we can still be friends , but it hurts . but its okay . i can handle this . i think you are the one for me , but you are not . setiap perkara yang kita buat sama sama , bella akan anggap tu sebagai perkara normal yang berlaku sesama kawan . sifat dan perasaan ini akan bella buang jauh jauh untuk kebaikan kita bertiga . goodluck guys :)

*its getting harder to shield this pain in my heart

17 July 2011

berdikari

okay ni berdikari . bukan beli kari like what faen said . hehe . orang selalu cakap , kalau kita duduk asrama kita akan menjadi lebih independent terhadap diri sendiri . now , aku keliru dengan fakta ni dan diri aku . kenapa aku tak boleh nak independent ni ! dah dua tahun aku belajar hidup dekat asrama . still , fail jugak ! haha . tapi aku belajar macam mana nak basuh baju sendiri , nak kemas bilik sendiri kalau bersepah , nak uruskan makan minum sendiri . tapi semua jadi kelam kabut kalau AKU yang uruskan . kalau penat je , merengek . kalau sakit je , merengek . kalau susah je , merengek ! alahai nurulnabilanadiabintikamarudin ! haha .

09 July 2011

denial

im not for you . and you are not for me . i am not yours , and you are not mine . dulu , aku rasa kau lah orangnya . yang boleh jadi teman aku . ya , i kinda like you . tapi semuanya dah berubah . entah salah siapa . salah aku mungkin . im in denial . i dont to be yours . banyak benda dalam otak aku . kau terlampau baik . mungkin kau bukan untuk aku . tak lah nak cakap aku ni jahat sangat , tapi aku rasa ni yang terbaik untuk kau . untuk kita . mungkin aku terlampau emosi dengan kau . aku dingin dengan kau . ego mungkin ? routine harian yang dahulunya menjadi kewajipan , tak lagi dilaksanakan . kadang kadang sahaja akan berbunyi handphone aku dengan ucapan 'selamat malam' . tiada lagi harapan . i have to move on . kini , ada lagi seorang . gayanya cukup ego . perempuan adalah salah dalam pelbagai perkara . aku senang berbual dengan dia . agak kelakar orangnya . perangai lebih kurang macam aku saja . tak lebih tak kurang . semangat lelaki boleh hebat dalam diri dia . pemalas macam aku . mengada macam aku . itu tak penting bagi aku . yang penting , hampir setiap hari , telefon yang kononnya idaman hati akan berbunyi lagu rolling in the deep by glee pada pukul 620am . dia orangnya . menyuruh aku bangun untuk solat subuh . tersenyum aku melihat gelagat dia . kata dia , dia suka telefon pada waktu waktu macam tu , sebab suara perempuan garau bila bangun tidur . aaaaaaaaaa suka hati kau lah ! haha .

kini tiada lagi harapan . hanya kehidupan yang biasa seperti tahun yang sebelumnya . bebas berkawan dengan sesiapa . Allah sahaja yang tahu siapa teman aku yang sebenarnya . sabar menunggu . acehh . haha . aku berdoa teman aku kelak mampu membimbing aku ke jalan Allah . mampu ingatkan aku mengenai Allah jika aku terleka . insyAllah .

:)

04 July 2011

heaven

a month . bersuka ria aku masa holiday . sebulan penuh dengan aktiviti . pegi melaka untuk programm relay for life . woah dapat new experience . siapa yang boleh tdo dalam khemah berair air macam naik rakit lalu sungai kinabatangan ? haha . aku redah je asalkan aku boleh tido dengan aman . tengok movie dalam keadaan senyap tak ada suara . tapi boleh gelak gila gila . back to penang . a week . seronoknyaa makan ! haha . tak da lah jalan mana pun , tapi keseronokan makan melebihi segalanya . semua menda aku redah . makan kat gerai lebih heaven dari makan kat restaurant . yes ! haha . penang kalau makan kedai cina pun macam okay je . rasa selamat je . dont know why . kalau orang tak biasa . mungkin akan rasa pelik , kenapa kedai cina tapi ramai melayu ? tu lah kelebihan penang . mana nak dapat satu meja ada cina , india , melayu , sikh sembang macam adik beradik ? we dont need 1 malaysia slogan to have all this . hihi . kedai bee chew nama nya . kalau bulan puasa lagi syok . semua orang Islam order makan kat kedai tu , sampai ke luar meja . amoi tu siap bukak radio , tunggu azan lagi . kalau dah azan , dia biar je sampai azan tu habis . tapi jangan salah anggap pulak . kedai ni halal and tukang masak dia melayu . sebab tu semua orang berani datang . jalan jalan dengan nursyazwani kassim paling epic sekali . aku keluar pegi jaya jusco naik motor ? can you imagine that ? Ya Allah sumpah aku tak percaya aku buat macam tu . tapi seronok . ntahlah . macam kelakar pun ada . dengan helmet besar . turun je moto , rasa pening . jalan macam orang turun dari bulan ! melelong habis . haha . lawak lawak . okay enough with penang . back to putrajaya . kat sini memang ramai lah kan penduduk nya . tunggu phone call je , mesti ada orang datang amik and bawak aku vroom vroom . seronoknyaa . jalan jalan je pun dah boleh buat seronok . habiskan duit dekat makanan tak da lah ralat sangat rasa kot . hihi . 21st june paling hectic . shuhsu , shaznie , caca , emyl , you , faen . nandos time ! pastu kitaorg tgk cita KL gangster . terbaik bro . haha . lepas tu rushing pegi papa rich , cyberjaya pulak . celebrate birthday fana . then , kak ada cakap nak buat birthday iskhandar kat rumah . beli cake BR pulak . patah balik pegi alamanda . malam tu aku sambut dua birthday . fana and iskhandar . including mama , abah , and kak ada punya birthday . have to say this . aku lebih happy dekat rumah . i feel so close . syukur Alhamdulilah . lepas tu aku pegi mid dengan faen berdua je dari putrajaya . aku memang tak suka naik public transport . sungguh tak suka ! haha . maybe tak biasa kot . tapi betullah kita kene belaja kan ? hrm jadi belajarlah aku naik erl , pastu naik train , main tukar tukar . memang aku harapkan faen je lah . nasib baik dia pandai naik train . kalau tak , ke seremban lah kitaorg . and amazingly aku tengok cita hantu . ladda land ? yes ! dalam sejarah aku tgk cita hantu kat wayang . and frankly , aku rasa seronok jugak . hahaha . sikit je lah . mula mula semua orang berlagak . bila terkejut sikit je , ha ! melambung popcorn aku . haha . maluuuunyaaa ! lepas tu , apa lagi . keluarkan handphone dan main game sampai muntah . walaupun game tu tak best . tapi serious takut . hantu tu macam ada kat belakang seat aku . errr . haha . kalau nak cerita semua menda sampai blog ke tujuh pun tak habis . hihi .

*malas nak upload gamba .

home is the best place to be . dan aku setuju dengan pepatah rumahku syurgaku .
Assalamualaikum
:)

22 June 2011

21 06 2011





















okay . hari paling hectic . sumpah aku cakap . jadi serentak sekaligus ! time tu lah nak lepak ngn budak kms , hyve , family . ha tamak tau ! haha . handphone aku berbunyi berapa kali jangan cakap lah kan ? since morning sampai malam . bunyii je keje dia . nak baling sayang pulak . sia sia duit kerajaan kalau aku baling mcm tu je . hihi . pukul 9 caca dah call . tapi memang tak boleh nak bukak mata langsung . aku rasa macam ada basikal atas mata aku . berat gilaa nak bukak . haha . okay terlampau tinggi hiperbola aku . hari tu jugaklah mama masak sedap . damn ! aku nak keluar makan kat nandos . tapi mama masak macam hari ni birthday aku pulak . macam rugi je tak makan . aku belasah dulu makan kat rumah . then lepak alamanda . yuyu ngn emyl datang amik . amik faen pulak . sampai alamanda lepak nandos . maigod . aku tak reti makan nandos . noob habis . hahaha . maybe sebab aku dah kenyang kot . sebab tu lah aku macam x da selera je makan kat situ . tgk KL gangster pulak . fuyo best ! haha . denga suara kitaorg je dalam wayang tu . seronok lah . lepas tu rushing balik rumah faen . amik myvi kesayangan . amik fafa daripada pink panther kesayangan . haha . sampai papa rich lambat gila . but still sampai jugak kan ? haha . cupcakes . then mmu's pun sampai . maigod ramai nya korang bawak . haha . kak ada text cakap malam ni paling tepat kalau nak beli cake . sebab semua orang ada . even kak maya *future sis in law . hrm aku rasa family first than friends . aku pun tunaikan janji aku . keluarkan duit kerajaan dari mesin lubuk ATM Alamanda . then beli cake dekat BR . confuse antara birthday fana and birthday iskhandar . mana satu aku nak buat ni ? last last dua dua aku buat . pujuk jugak abah . aku pegi jugak birthday fana eventho aku tau abah memang bengang bila aku keluar malam . but i have to . surprise party menjadi . 9 biji kete rombongan pegi rumah fana . semua bukak lampu emergency . nice habis ! dengan seluar tido fana lagi . wuish . haha . lepas tu dapat phone call from min . suruh balik . sebab phia phia dah balik . terpaksa susahkan fafa hantar aku balik . tapi kannn . moments with my family still the best . keluarga adalah anugerah terbesar dalam hidup aku . kami lain dari lain . bayangkanlah kalau ada 6 orang yang cakap banyak macam aku ? tak ke huru hara rumah jadinya ? haha . nak potong cake pun jadi masalah . nak tiup lilin pun jadi masalah . beli cake BR pun jadi masalah . haha . tapi tu yang seronok ! rumah tak besar mana . tapi penduduk nya ramai lah pulak . adik beradik aku dah 6 . campur phia , abang agil , kak maya , abah mama . add up 10 ! bersepah lah tidur . tapi tu yang buat bonding kitaorg kuat . i know that .

i am happy with what i have right now . great family and friends . syukur ya Allah .
:)

blast !











siapa tak suka cuti ? kan ? i love holidays ! damn much . cuti semester aku sangat happening ye . sangat best . aku pelik kenapa diaorg cakap cuti bosan ? sangat tidak betul fakta tu . haha . okay sabtu lepas birthday iskhandar . jalan jalan . mula mula nak pegi genting highlands main snow . min cakap murah .

kak ada : min berapa masuk main snow tu ?
min : rm 4 kot .
me : ohh boleh lah kalau rm4 . tapi betul ke 4 ?
min : haaa dalam rm 4 , 11 , 20 mcm tu lahhh .
me : -____________________________-

HAHAHA . at last tak jadi naik genting . iskhandar tak nak . end up dekat time square jugak . jalan punya jauh . macam nak g melaka . last last sampai je time square main bowling je . haha . semua plan tunggang langgang . makan makan dekat pizza hut . then pegi i city . menghabiskan duit dekat funfair . and main game lastik lastik tu . pastu ada warna warna . okay saya noob sebab tak tau nama dia . haha . mula mula beli satu je . last last beli 3 . ayooo . haha . great weekend !

13 June 2011

pearl of the orient






naik bus from malacca to penang . from 1pm until 10 pm . okay tu sangat lama ! tak nak naik bus balik penang lagi . haha . okay penang sangat heaven . foods for sure . semua aku belasah . even mee kuah yang aku x jarang makan pun aku belasah makan sampai habis bila dekat penang . tak sangka sedap jugak eh mee kuah ni . haha . nasi jandaq jangan cerita ah . pagi pagi bangun mesti abah dah beli nasi lemak dengan ayam that only cost you not more than 1.50 . trust me . abah selalu cakap murah murah . haha . untunglah kot sebab aku ada rumah dekat penang . easy come easy go . cehh . haha . nothnig much to say . only fun fun fun . eventho plan pegi langkawi cancel but its okay . hihi . malacca-penang-taiping-penang-putrajaya . yeah !

29 May 2011

157

157 hari . aku mcm tak percaya pun ada yang aku dah 157 hari dekat sini . tapi pelik . aku masih susah nak lupakan kms . ya kms lagi . semua indah di kms . mungkin sebab tu kot . aku mcm mengenang kekasih lama yang tak akan datang balik kan ? sedihnya . HAHA . aku rasa menyesal sebab aku pegi cc vega konon nak main facebook time break pagi . and aku tak tau kenapa aku galak sangat nak check result dekat SPA punya web . bila aku bukak . aku macam . alah tak kan dapat punya . interview pun aku jawab mcm apa je . tersedak aku tengok monitor komputer hitam meja tertulis aku diterima masuk ke SPA . sumpah aku x suka . tu first impression aku . since that . hidup aku tak tenang dekat KMS . like usual people will convince me to stay . some will ask me to leave . untuk kebaikan aku jugak . ye lah result mcm ikan tak cukup zat . macam mana aku nak teruskan ? dah lah lambat pickup . matriks pulak laju mcm motorboat pakai enjin kuasa kuda . mampuh aku nak kejar . tapi susah dekat matriks mcm x da sapa yang boleh rasa bila duduk dekat KMS . okay lari topic . haha . orang pertama aku tanya roomate aku . yes zaity . mula mula dia x bagi . lama lama dia rasa ini terbaik . oh aku rindu bilik lama . family adalah sebab kenapa aku ada dekat sini . aku ingat abang penah cakap . 'zaman sekarang susah . pandai pandai lah hang pk untuk kebaikan mama and abah . sampai bila nak susahkan abah mama . ni peluang terbaik ' . ya dari saat tu . aku pilih SPA . mama and abah kelemahan aku . kak ada said that 'wehh elaun dia 621.21 . gilaaa lahh . boleh shppng charles and keith banyak banyak ' . typical kak ada . tapi dia buat jugak aku terpikir . kalau aku dah ada elaun sendiri aku x yah nak susahkan mama abah dah . AT LEAST ringankan sikitlah beban .

1.1.2011. ini tarikhnya .satu satu sebelas . hari untuk aku mendaftar . mama yang packing barang aku . pegi dengan keadaan tak rela . aku mendaftar . isi borang macam macam . aku bukan peramah untuk first day . harap maklum . so , no friends . haha . dapat roomate sabahan . pandai main guitar . pandai nyanyi . kalau aku tido , denga dia nyanyi . pun aku x kisah . sedap sangat . haha . seminggu orientasi . best except ragging . tapi sekarang aku rasa mcm dah x kisah dah . seronok pun ada bila teringat balik . except fo some people yang still emo pasal orientasi lah . class mula . culture shock aku . kitaorg ada classroom . kedudukan tetap . ada jadual bertugas . ada manilakad atas meja yang tertulis 'BELLA' . ini situasi sama mcam sekolah . ya sekolah ! memberontak jugak aku untuk accept semua menda ni . lama lama aku dah biasa . aku ingat lagi . aku kene tengking dengan en ipin dekat cafe sbb turun makan awal 15mins . tapi time tu x da class . and nak turun awal pun x boleh ? hrm . redha . thats my first month . even when my lec tanya pun i said i dont want to be here . and typical answer i have to hear . i shud redha . and it takes time . lamanya masa yang aku amik untuk adapt . on the second month , aku dah mula seronok . ye lah dah dapat kawan kan ? of course lah seronok . but on my mind only about kms . kms again ? yes again . mcm jb ni x best sangat je kan ? tak da lah sampai mcm tu cuma maybe aku tak rasa seronok sebab aku mcm x pegi mana mana . 6months im here . only angsana yang aku paling banyak visit . bored to death . kawan kawan aku x nak keluar jalan jalan . saving duit . im not that kind of girl . aku lebih suka habiskan duit aku jalan jalan . sekarang lama lama , aku makin tak seronok . maybe sini bukan tempat untuk aku . mungkin . hanya aku yang paham . aku akan terus kekal kat sini untuk 3 tahun . then its over . aku puas merengek . tapi aku x suka . entah sampai bila . tapi lecturers sini best . maybe all of them . tapi biasalah manusia . macam macam perangai . kadang kadang aku pun tak tahan dengan perangai lec yang dua personality . suka hati dia bila nak mood baik . suka hati dia bila nak moody . unpredictable . aku kene hadap lah jugak . sebab orang ni lah yang bagi aku ilmu . cukuplah cari pasal dengan cikgu aku masa dulu . aku tak nak cari pasal dah . tapi most of them amazing habis ! sporting . haha . aku mulut bising kan . mesti lah orang senang nak detect . even my lec . every single thing yang aku buat diaorg tengok . aku kene jaga . tapi susah jugak kadang kadang . terlepas jugak salah aku . tak pa lah . aku kene belajar . Alhamdulilah result aku dekat sini lebih bagus dari matriks . mungkin ni petanda yang aku patut berada di sini dan keputusan aku tinggalkan kms adalah tepat . sapa tau kalau aku reject SPA . mcm mana rslt matriks aku skrng ? repeat mungkin ? Ya Allah tak nak lah aku . terima kasih SPA untuk segalanya . maafkan jika aku menjadi orang yang tidak bersyukur . insyaAllah aku akan berubah .

title .





hari ni 29th of june . okay lagi seminggu nak balik . sabar bella sabar . haha . okay hari ni aku x nak cakap pasal diri aku . aku nak cakap pasal apa yang aku dah observe lama dah dari dulu . kenapa manusia suka bergaduh ? atau dalam bahasa kampung bertekak . frankly , aku rasa bertekak ni fun lah jugak . tapi kalau bertekak yang fun lah . yang boleh buat gelak . kalau bergaduh sampai muka nak rasa masam 2 , 3 bulan . apa jadahnya ? haha . zaman sekarang orang gaduh pasal macam macam menda . politics , sports , even about soap dramas . see ? manusia suka bergaduh . kalau musim pilhanraya , satu menda yang wajib . perang mulut dan bertekak siang sampai malam . mama and abah suka balik kampung time pilihan raya . and kadang kadang aku pun suka balik . aku suka tengok orang promote diaorg punya team . bawak bendera sampai x nampak muka . mana satu dia nak buat pun aku x tau . nak bawak moto ke nak kibar bendera ? last last terperosok dalam longkang depan rumah aku . dah menyusahkan semua orang nak mai sapu minyak angin . haha . kan dah jadi masalah ? tapi kalau mcm ni je keadaan dia tak apa lah . tapi kalau dah sampai bergaduh tak nak bertegur sapa . apa masalahnya ? sebab berbeza pendapat ttg parti ? come on uncle ! tak relevan langsung okay . aku rasa semua orang ada pendapat masing masing . semua orang ada pilihan masing masing . jangan sebab hal kecik , nak jadi big issue sampai nak menyumpah satu sama lain . semua dah besar . tapi kalau asyik curse satu sama lain . sampai bila kita nak maju ? aku tengok orang lain seronok je . tapi kita ? dok bermasam muka . tak bagi anak anak berkawan dengan 'pihak musuh ' . WTH ? lagi menyampah kalau tengok ada yang bertepuk tampa sebab nak masuk paper or tv . HAHAHA . seronok ke ? suka hati kau lah jah . aku ngn family aku avoid menda menda mcm ni . aku penah tanya mama . mama support mana ? ma mesti cakap . 'bialah tu rahsia . x yah nak bagitau semua orang . ' . aku gelak je . tapi serious aku x paham . kenapa sampai bergaduh ? cukup pasal politics . sekarang kita pergi kepada sports . okay aku nak narrow kan skop cerita aku . FOOTBALL . musim bola memang meriah . meriah dengan kata kata makian dan cacian . seronok kan time caci caci ni ? rasa puas dapat hina team orang lain . biasalah . bila menang , brag satu dunia kata team dia menang . bila kalah , salahkan referee , salahkan padang , salahkan cuaca , salahkan bola keras pun ada ! orang selalu cakap . dalam perlawanan , mesti ada menang . mesti ada kalah . tapi aku rasa salah . dalam perlawanan , mesti ada gaduh mesti ada maki ! players yang main chill je salam salam peluk peluk antara diaorg . fans ? ha ! memang bertepuk tampa dekat mamak . setakat maki BABI tu biasalah kan ? norma manusia . KATA KAU ! kalau tengok bola memang emosi . even aku pun kadang kadang emosi . i dont know why . tapi sifat fanatic dalam diri ni memang menebal . dulu aku cepat jugak melenting bila orang kutuk MANCHESTER UNITED . tapi sekarang , aku lebih suka diam dan senyum . aku penah baca satu blog . minda kelas pertama hanya membalas kutukan dengan senyuman . dan aku pun rasa yang kalau kita bergaduh . tak perlu nak pong pang pong pang . chillax sudah . kalau marah . cakap sorang sorang . mungkin tu cara aku . maki sorang sorang . lepas tu mungkin rasa relax sikit . aku lebih suka tunjuk cool . ego mungkin ? tak jugak kot . ni cara counter attack paling tepat . api dengan api . tak akan padam kan ? api dengan air sky juice mungkin akan reda . tu cara aku . walaupun rasa sakit hati . tapi aku x suka bergaduh . whats the point ? kita gaduh pasal orang lain . padahal x da apa apa pun . last last kita yang rugi . tenang je . semua akan okay . All is Well baby ! insyaAllah .

23 May 2011

phia phia sayang







aku bosan terperap dalam bilik mcm jeruk . apa yang membuatkan aku boleh senyum dan gelak mengingatkan tentang rumah aku adalah phia . yeah phia . masa kakak mengandung dulu . Ya Allah . memang dijaga dengan sebaik mungkin . kakak x boleh makan ayam . makanya ? satu rumah makan ikan . time tu rasa mcm anak nelayan pun ada . hari hari makan ikan . orang paling gembira adalah abah . boleh makan gulai hari hari . haha . penah time bukak puasa tu kakak cakap .

kakak : kakak rasa kakak nak makan burger hot dog tu lah .
min : ha nanti min p beli kat bazaar .
kakak : tak mau ! nak yang kat atas kapal terbang .
HAAAAAAAAAAAAAAAAAA???
abah : awat pelik sangat ?
kakak : teringin lahh abah . teringin . hihi
mama : tak pa , nanti mama balik penang naik kapal terbang .
aku : semata mata untuk beli hot dog ? -___________-
abang : nanti lah abang try cari dekat office .
kakak : nak yang dari kapal terbang !
abang : laaaaaaaaaaaaaaaaa . ha ye lah ye lah . nanti abang suro kawan abang p beli .

see ? apa kakak nak semua dapat . apa org cakap ? cucu pertama . yeah . untung sangat . apa teringin semua dapat . haha

6th of March 2010 . aku ingat lagi tarikh ni . lahirlah kyra amani sofea . penyeri rumah kami . premature . kecik gilaaa . aku memang tak berani pegang . main pun kejap kejap je . haha . rinduu sangat dengan phia ni . sekarang dah pandai cakap sikit sikit . dah boleh berjalan . awww . masa skype , tengok dia berjalan . gosh ! am crying . haha . rindunya dekat phia . rindu gilaaa . mana mana aku pegi mesti beli barang untuk phia . everytime keluar . haha . punyalah sayang . and phia manja macam kucing . sweetheart habis ! haha

*aunty rindu phia phia lah . hihi

21 May 2011

people

okay sekarang pukul 331am . and aku x boleh tidur . why ? sebab aku pk . kenapa org judge someone berdasarkan harta ? seriously you are . memang lah seronok kalau ada harta . tapi seronok ke kalau hina orang yang tak berharta . apa jenis manusia kau ni ?
sumpah annoying . kau kaya sangat ? mungkin kau ada lah duit dalam bank . woi ! tu duit govern bagi dekat kau lah bodoh . tak payah nak bangga sangat . 1st day masuk sampai lah sekarang , kau x penah nak respect orang lain . kau siapa ? oh tengku . baiklah tengku . kau boleh berambus sekarang . semak aku tengok kau . kau siapa ? oh nurse ? kepala hotak kau ! layan patient macam diaorg hina sangat . apa kau elok sangat ? elok lah kot . depan kuli batak kau mungkin ya . depan kitaorg ? tolonglah kau x penting . aku memang perangai budak budak . tapi kau da jadi racist . apa hina sangat org asli sampai kau ckp mcm tu ? bukak mata lah . bukak jiwa . buka hati kau . jangan pergi kalau tujuan untuk menghina . jangan pergi kalau tujuan untuk bermuka muka . jangan pergi kalau sekadar nak membandingkan suasana kau dan dia . kau siapa . dia siapa . bandar megah , tapi ada sekelompok kecil manusia hidup bawah jambatan . kau pelik ? ya . kau simpati ? tidak . macam mana kau nak jadi nurse ? sumpah aku x leh bayang . kalau jadi xray , nak jadi heartless , aku boleh lah terima . nurse nak jadi heartless ? sumpah menyakitkan mata dan telinga . kau annoying . menjengkelkan sungguh . kau boleh hidup dengan gang gang KAYA kau . mati dengan DUIT kau . culture shock ? yes you are . deal with it and live with it . goodluck kampung !

17 May 2011

happy birthday mama




aku dari kecik sampai sekarang bergantung pada mama . terlampau bergantung pada mama . she spoils me a lot . i know . hihi . dari tadika sampai lah ke jb ni . semuanya aku mengharapkan mama . masa kecik kecik dok rumah mengasuh . before hantar pegi rumah mak , mama mesti bawak aku pegi kedai pak cik an . beli chocolate . baru hantar aku pegi rumah mak . seronoknyaa time tu . dapat semua . masuk tadika , mama yang hantar . everyday . cuma kalau time abah beli moto baru tu , aku agak excited nak naik moto . hahaha . mama gave everything to all of her children . mama hantar pegi tuition . kata nak bagi pandai . aku ikut semuanya . entah kenapa aku x rasa mcm nak tolak walaupun aku rasa bosan pegi tuition . haha . mama x penah miss datang teman aku masa exam . i mean BIG exam . time UPSR mama amik cuti fo a week sebab nak teman aku exam . Ya Allah , seronoknya aku time tu . masa PMR pun mama cuti untuk bagi support dekat aku . time SPM mama ada depan hall sampai lah aku masuk jawab exam . mama selalu masak sedap sedap . masa dekat MATRIKS , everyweek mama datang bawak makanan dekat aku . mama akan masak makanan fvrte aku . aku merengek , mama layan . aku x cukup duit , mama or abah tambahkan . bila aku dekat JB , hari hari mama call . temankan anak dia yang kuat merengek ni . mama sampai hantar aku datang jb naik flight . nak ajar aku naik public transport . aku ni menyusahkan ? hrm agaklah . mama datang hantar aku , then balik . Ya Allah besarnya pengorbanan mama . mama spoils me a lot . mama ajar aku banyak menda . kalau kita buat baik pada orang , orang akan buat baik dekat kita . mama lalui banyak menda . orang tak percaya , tapi aku percaya mama . tak apa lah . semua orang ada dioarg punya pendapat . but am still with mama .

*happy birthday mama . i love you . always be .
nadia sayang abah jugak .

:)

16 May 2011

cikgu , guru , teacher , ustazah , ustaz

semuanya membawa makna yang sama . iaitu insan yang ditugaskan untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang insan yang berguna untuk negara . aku juga termasuk dalam list insan yang dididik untuk menjadi insan yang berguna untuk negara . adakah misi tercapai ? jawap dalam hati je lah . haha . mungkin aku x payah nak sastera sangat kot hari ni . kita chillax je . hari ni was okay . exam pun Alhamdulilah . hihi . okay now we are gonna to talk about teachers . since aku umo 4 tahun aku masuk tadika . i dont know whats the diff between taska and tadika . yang aku tau aku masuk tadika . hahaha . the environment still ada dalam otak aku . kawasan yang penuh dengan playground . tadika seri murni . see ? nama tadika pun dah menggambarkan murni nya anak murid dia . hahahaha . aku rasa aku memang nakal . wait no , bukan rasa . i am naughty . masa tadika . cikgu cakap . nabila hang kena pakai skirt mai tadika . hang kan perempuan . dak laki ja pakai seluaq . awat hang nak jadi laki ka ? hrm cikgu . kalau saya pakai skirt , macam mana saya nak panjat terowong yang cikgu buat daripada simen tu ? kalau saya pakai skirt , habislah semua orang nampak spender saya . cikguu nii . cukup sampai situ . still managed to get number 1 in tadika . terima kasih cikgu !
hello sekolah rendah . hihi . masuk sekolah tanah liat . dekat dengan rumah tok . memang aku liat nak p sekolah sebab banyak kaki buli dan jugak budak yang suka berak dalam kelas dan banyak hingus dekat hidung . euwww aku boleh ingat lagi . time tu memang rasa nak jerit . sekolah apakah ini ? HAHA . waktu pendidikan kesihatan . cikgu akan terpekik . nabila ! . ha cikgu ? . mana buku pj ? . laaa lupa nak bawak . apa yang kamu ingat ? . krik krik krik . hahahah . diri atas kerusi sampai habis kelass ! baikk cikgu . *sambil berdiri dengan muka bangga . apa nak jadi . then pindah sekolah guar perahu . nabila ! yeee cikguuu . kenapa awak makan dengan budak budak laki dalam lubang bawah tanah tu ? saya supplier BISKUT TIGER cikgu . krik krik krik . nabila ! yeeeeeeee cikgu . sapa yang bagi pecah lampu kelas ni ? krik krik krik . err saya cikgu . saya tadi nak bertugas , tapi saya terseronok p berdiri atas meja . pas tu terbagi pecah lampu pulak . saya janji tak buat dah cikgu . next is sekolah seri impian . memang impian aku nak berubah . HAHA . nabila ! yeeee cikguu . awat hang p cekik budak tu pasaipa ? . manaa ada cikguuu . aizat yang cekik . saya buat budak tu menangis ja . krik krik krik . nabila ! haaa cikgu . awat hang dok main roket time ustaz tengah baca ayat Quran kat depan ? hang p dok kelas pemulihan sekarang . alaa ustaz . SEKARANG ! baikkkkkkk ! *waktu ni memang malu sebab kene halau p kelas pemulihan . omaigoddd . mcm masuk kelas pemulihan akhlak pun ada . HAHA . Alhamdulilah managed to get 5A's . terima kasih cikgu !

hello sekolah menengah . SMK ST george . X JADI MASUK PUN . mcm mana cikgu nak terpekik panggil nama aku ? HAHAHA . then SMK GUAR PERAHU tetap di hati . haha . nabilaa ! . ye ? . sekarang pukul berapa ? 1040am lah ustazah ,awat ? . class pukul brapa ? 945am . habis pukul berapa ? 1045 hihi . LAGI 5MINS BARU NAK MASUK !!! . omaigodd bencana . haha . tulis SAYA BERJANJI TIDAK AKAN DATANG LEWAT LAGI SEBANYAK 100x . *lenguh tangan nak menulis memang tak dapat dinafikan . cukuplah satu . x kan nak tulis semua . kang penuh pulak . tapi aku sedar , patutlah bahasa arab aku tak pernah dapat lebih daripada 10 . pasal ni lah . kemahiran al quran apatah lagi . adoilahhh . haha . then SMK PUTRAJAYA 1 . new culture huh ? apa je yang aku kene marah ? cehh . haha . oh mungkin ada . here it goes ; RAP RAP RAP ??? sapa ni ? cikgu berkata sambil memegang kertas sains tingkatan 3 . dan aku menjelma . OH RAPEAH . haa saya lah cikgu . HAHAHAHA . time tu semua orang gelak . well nakal memang nakal . sekolah menengah aku teruk . lots of mistake . can i say i had so much fun ? hell yeah ! hahaha . learn from mistakes and move forward . thats what im trying to do right now . dekat menengah mampu apa je . shame on you . hihi

hello SELANGOR MATRICULATION COLLEGE . new life ? yes it was . and aku dah buat pilihan yang terbaik dalam hidup aku dengan memilih matriks . so much fun with lec . U CANNOT DO THAT . ingatan aku pada seorang lecturer . KITA HARUSLAH BER ? muka ustazah yang mengharapkan jawapan dari aku . dan aku sebagai anak murid yang baik menjawab BERSABAR . hahahaha . dah masuk matriks hubungan aku dengan lec dah semakin baik dan semakin rapat . mungkin aku semakin matang ? haha . i dont know . but i love my lectures .

hello KSKBJB . lecturers ? damn great ! haha . i can say that we have our own lec . radiograph lecturers . they are awesome ! semua sporting habis . tadi aku baru je bergelak gelak dengan diaorg . aku promte OHYEAH habis habisan . hhahaha . dah lah masa kuarantin . bergelak tak hingat dunia . haha .


apa yang aku boleh conclude kan di sini bahawa , tanpa mereka tiada aku di sini . banyak salah aku buat . sangat banyak . aku tau . tapi aku harap cikgu semua maafkan aku . aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya semua insan yang mendidik aku , diberikan umur yang panjang , rezeki yang melimpah ruah , dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat .

TERIMA KASIH CIKGU ! :D

14 May 2011

protective

ami over protective ? i think i am . mungkin aku terlampau protective dengan orang yang aku sayang . tak kira lah kawan or family . well this weekend is not the best weekend in my life . in fact lots of problem and dilemma . adakah aku terlampau emosional ? i think i am . trying to keep my mind clean . away from all this problem . but it keeps hunting me . aku terlampau risau tentang orang lain . tapi pernah ke orang lain risau pasal aku ? kawan kawan aku dalam masalah . aku turut sama jadi masalah . betul cakap baim . i shud back off and let them sttle the prblm . but i cant keep my eyes close , if aku asyik denga and tengok apa yang jadi . well thats me . sampai aku yang jadi resah . sampai aku pulak yang kene balik . and fo my special bff also . they keep doing plans . tapi ada je yang x kena . aku mula fikir . boyfriend ni menyusahkan lah ! they ruin girls's friendship . they really do . thats the fact . kadang kadang salah lelaki , kadang kadang salah perempuan . tapi dalam case aku , si lelaki yang gedik . nasib baik aku dekat jb . kalau aku dah balik , mungkin otak aku dah pecah pk masalah ni . aku suka pk menda remeh ? yes i do . having fever and sakit seluruh badan is not okay fo me . my immune is so weak . no medicine . no one here . tapi aku usaha untuk senyum . buat orang gelak . betul ke apa yang syaza cakap . "person that make other people laugh actually is the most lonely person" . DENIAL ! my first impression . tapi betul jugak . kadang kadang apa yang aku cakap , semua orang tak mengambil endah . its like i am not exist . or maybe they think i am joking . well im not that kind of person that know how to make serious face except i am hungry . the way they talk to me , mcm aku x ada perasaan . malas aku nak bergaduh . malas aku nak bertekak . hanya HAHA mampu aku beri . menapis segala kesedihan . menipu dalam kata kata . hanya itu mampu aku lakukan . keluarga juga menjadi masalah pada aku . aku sedih bila cakap tentang family . i love them a lot . aku rapat dengan adik aku . tapi betul org cakap . lelaki kalau makin naik usia , dia akan berubah . i wish min are not one of them . but am wrong . he has change . mungkin orang akan cakap , aku terlampau over dalam hal ni . but am protective . tambah tambah kalau min . aku nak jaga min . aku x nak dia jadi nerd . aku x nak dia dok dalam rumah je . tapi aku nak dia jadi orang . mungkin org ckp biasalah budak budak baru nak up . tu yang aku risau . dunia KL tanpa sempadan sekarang . mcm mcm menda min boleh buat . bila aku balik . dia x macam dulu dah . mana ada mcm dulu . no more joking . no more like old days . what i can do is just staring and observe . i am hurt to see him like that . 24/7 with handphone . girlfriend ? oh yes . but i dont like her for some reason . girls that always talking about other guy is not the best choice of girlfriend . i mean in gedik way . kalau cita menda kelakar tak pe lah . ni cerita laki tu gelak masa dia duduk pun nak kecoh . tu pun nak seronok . get that ? that kind of girl yang aku paling aku x suka . jangan nak gedik sangat lah . orang lain bercinta jugak . 15yo ? accepted lah . aku susah nak percaya min sekarang . banyak sangat menipu . banyak sangat menda yang dia buat yang semua orang tak tahu . aku tau . tapi aku biarkan saja . sebab tu aku yg paling marah kalau dia ada buat salah . aku rasa ni salah aku . min pandai .semua orang tau . dia bole ikut trend . tak da sapa halang . apa yang dia nak , semua mama bagi . semua orang nampak . aku terlampau emosional , aku terlampau protective , aku terlampau bnyk berfikir,aku terlampau banyak concern pada orang lain . aku salah . ni semua salah aku . semuanya .

10 May 2011

touch




hari ni exam pathology . susah yang amat . 10marks will be gone . fo sure . heh . makan x lalu , bayar mahal dari biasa . heh . pulang dalam keadaan panas terik . redha dengan ketentuanNya . terbaca dekat papan panjang berwarna merah tertulis nama Nurul Nabila Nadia Binti Kamarudin . aku da mula nervous . pegi block B amik parcel . got a box . medium size i think . on that time , aku terpikir , lala hantar apa ni besar sangat ? then sepanjang jalan asyik dok amik gamba je . nervous ngn excited aku dpt parcel ni . then , sampai bilik . aku bukak kotak . Ya Allah . nak menangis aku tengok isi dalam kotak tu . bunch of foods they gave to me . ada famous amos , cheezels , keropok tayar , lexus , and teddy bear . menangis aku time tu . feel mangsa banjir terus meresap dalam kalbu . tadi pagi aku baru terpikir nak keluar this week beli snack . dah x ada snack . duit nyawa nyawa ikan . tapi masih awal bulan . mana wang ini pergi ? dugaan hidup bagiku . tatkala aku nampak makanan yang diberi , terus aku rasa bersyukur . inilah kawan aku semasa di putrajaya . jika aku merengek , mereka sentiasa melayan , mungkin aku akan dibully tapi itulah kawan . true friends will show their true colour . right ? aku nak tgk bola . sanggup Amira Isa meninggalkan glee tercinta untuk aku menonton man utd tersayang hanya dengan menggunakan teknologi skype . terima kasih IT . terima kasih mira . hihi . mereka ada bersama sama aku . susah senang kita bersama . poyo , cantik , sakai , bersama sama . aku yang paling kecil . mungkin senang untuk dibuli . dan mudah disayangi . HEHE . hanya satu aku mampu ungkapkan . terima kasih kawan .

lots of love .
bella .