hari ni raya ke sepuluh , hari ni aku baru rasa nak cerita raya . aku memang excited gilaa kalau nak balik . packing barang pun ntah apa apa je aku bawak balik . bila tengok balik beg , banyak sampah je dalam beg . mana baju baju aku ? haha . meroyan sungguh ! hurm pagi tu pergi clinical seperti biasa . last day , memang lah aku semangat sikit nak pergi clinical . tambah tambah dah nak balik rumah . macam lipas terbang lah aku gembira dekat hospital tu . seronok tengok semua patient dah balik beraya , tinggal giliran aku je nak rembat beg balik rumah . bus pukul 8pm . aku sampai college pukul 7pm . ha berlari aku nak mandi semua . rushing gila naik taxi . dengan tak berbuka . mcd pulak orang beratur macam apa lagi . nasib baik lah ada si baim ni yang kebetulan nak bagi external hard disk dekat aku . boleh lah dia pegi check kot kot bus ada . bagus jugak baim ni . hahaha . naik bus maju express . dari luar dah nampak berkabus bus tu . baim dah cakap , bella mesti sejuk gila dalam bus ni . aku pun dengan muka poyo cakap tak pe , aku dah bawak sweater . ha , aku letak je kaki aku atas tangga bus tu , dah boleh rasa sejuk dia sampai ke tulang . woi ! ni bus ke van mayat . Ya Allah sejuknya lah hai . aku tak suka travel jauh naik bus . dah lah lama , ragam orang banyak pulak . orang seat depan aku tu , macam nak tidur atas riba aku . punyalah nak rendahkan kerusi . nak je aku tepuk dahi dia , cakap yang aku bayar rm68 memang suruh dia baring atas riba aku . grrr . dengan orang belakang aku ni yang sembang ngn pakwe kuat kuat . dia ingat dia naik motor ke , pakwe dia tak dengar dia cakap perlahan . slow down lah sikit . aku pasang lagu pun boleh denga cerita dia lagi . Ya Allah kuatnya lah hai suara kau kak . bus tu berhenti banyak jugak . berhenti minum lah , berhenti kencing lah , berhenti sahur lah , berhenti beli buah lah . tapi semua R&R dia semua macam kedai zaman cowboy . aku nak duduk dalam bus , sejuk nak mampus . bila turun , rasa macam kene bawak pistol . macam ramai je penjenayah . hahaha . aku pun turun lah , sebab nak pergi toilet kejap . aku baru kejap pergi toilet , dah ada pengumuman bus yang dah nak bertolak . tu bus aku rupanya ! ha berlari ibarat angin kata kau ! hahahaha . nasib baik sempat naik . aku nak tidur mula mula memang susah sebab sejuk sangat . nak tengok luar berkabus kabus tingkap aku . sweater aku tak cukup tebal nak kalis sejuk , mungkin aku perlu bawak comforter naik bus lepas ni . zzz . tengok tengok terlelap lah jugak . disebabkan kelekaan aku bermain bukumuka pada samsung aku yang sangat awesome ni . battery nya pun mati lah . aku dah macam okay . i am dead . kak ada call pun boleh cakap sekejap je . on that time aku rasa macam dekat simpang pulai , or mungkin somewhere else . i dont know , mamai lagi time tu . hahaha . lepas tu aku terjaga dari tidur . cehh seronok ni nampak sawah padi . dah nampak sawah padi bermakna aku dah sampai ! tiba tiba aku rasa macam aku senyum lamaaa sangat , sebab sawah padi panjang gilaa . aku dah macam , okay where am i ?! on that time , aku buat buat postive thinking lah kan . pakcik bus ni , mungkin ikut jalan lain kot . or maybe sekarang musim sawah . then after that , aku nampak signboard pekan semut ! maigod sejak bila penang ada pekan nama semut ! aku kat mana niii . and then , aku nampak signboard tunjuk langkawi . Ya Allah , kedah dah aku pergi ! aku dengan redhanya , sabar je lah sampai tiba di next pit stop . aku dengan postve thinking nya lagi , harapkan pakcik bus tu berhenti kedah dulu baru butterworth . aku dah lah tak ingat peta malaysia . mana dulu , penang or kedah ! maigod bodohnya geografi . then pakcik bus tu pun cakap , eh adik dah lama dah abang berhenti butterworth . aku dengan redha amik beg . turun dekat kedah . frankly , on that time aku plan nak pegi langkawi . hahahaha . macam seronok je kan . aku memang menuju ah dekat kaunter yang ada jual tiket pergi langkawi , tiba tiba ada pakcik jerit . butterworth butterworth . aku pun patah balik , beli tiket dengan redha . bus tu pun sejuk jugakkkk !!!! dengan hujannya lagi . okay aku confirm demam . this time memang tak berani nak tidur , kelakar betul . aku letak muka aku rapat rapat dekat tingkap supaya tak terlepas lagi signboard . seminit dua boleh tahan , dah dekat lima minit terbongkang jugak aku dekat seat bus tu yang sedap . hahaha . mamat sebelah pandang pelik je . ada aku kisah ? aku nak balik beraya di penang , and now im in kedah . aku nak balik kampung lah woi ! hahahaha . bila dah sampai butterworth , motif aku turun bus , cari surau nak charge phone . nasib baik jumpa public phone . hehehe . call abah , abah suruh call mama . abah cakap mama dah tunggu dari pagi . call mama , mama suruh cari kak ada . kak ada tunggu kat kaunter dari tadi . aku pun memusing lah mencari . last last tak jumpa . critical thinking again ! blah cari mama . hotspot . hahaha . lepas tu hujan pulak . drama nya hidup aku ni . hahaha . last last jumpa kak ada . semua orang marah aku . well i deserved it . hahaha . fun though . for me je kot . hihi . semua orang kene call . abang bangun terus dari tidur . kakak pun siap tulis kat facebook . baim pun kene tarik . semua orang cari baim , sebab nak tau aku naik bus apa . yang abah pergi cakap aku naik bus bunga . abah bus maju lah abah . seronok betul . kak ada ingat aku accident . mama suruh abang call PLUS , tanya accident ke tak . well now i know how much they love me . and how much they care about me . for sure lah kan . menyusahkan sahaja aku ni ! hihihi . lepas tu keluar isu nak kahwin , bila sampai part aku . balik kampung pun hilang , ada hati nak kawin ! ceit ! hahahahaha
*selamat hari raya everyone ! :)
No comments:
Post a Comment