aku nak berubah . aku nak kembali . aku mahu menjadi seorang hamba yang baik kepadaNya . sampai bila aku nak macam ni ? tidak bertudung ? Ya Allah . bila fikirkan balik , berapa banyak dosa sudah aku kumpul sepanjang hidup aku . aku lalai , alpa , seronok dengan nikmat dunia . tapi aku tak pernah sedar tentang kasihnya Allah kepada hambanya . Allah tetap sayangkan aku walaupun aku banyak mengingkari arahanNya . rezeki yang melimpah ruah , keluarga yang penyayang , kawan kawan yang banyak menyokong aku . tapi aku mudah leka . betul kata abah . aku sombong , ego dengan diri sendiri . aku menolak kebenaran . aku dah penat memberi alasan . aku dah penat untuk menanggung dosa . saban hari aku berfikir mengenai dosa . kadang kadang membuatkan aku malas nak keluar daripada bilik , apabila berfikir mengenai dosa aku yang tidak mahu bertudung ini . sekarang aku da 19 tahun . sampai bila aku nak macam ni ? tanda tanda kiamat dah jelas . tapi aku masih macam ni ? aku nak mati dalam keadaan seorang muslimah yang baik . aku akan berubah . itu janji aku . insyaAllah . dalam masa terdekat , aku akan berubah menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik . mungkin akan diketawakan , diberikan senyuman sinis , atau gurauan senda . tapi itulah dunia . aku hanya mampu ketawa bersama . walaupun dalam hati aku selalu terdetik , dosanya aku selama ini . syukur Allah memberikan aku petunjuk seperti ini . sikit demi sedikit , aku berasa dekat dengan Allah . tenang hati aku . aku tak perlu menunjuk yang aku seorang yang baik sebab mama cakap jika kita buat baik , kita tak perlu tunjuk pada orang lain . tapi aku tak paham apabila ada orang yang berkata ' FUYOO BELLA PEGI SURAU . AKU MACAM TAK PERCAYA JE NAMPAK KAU KAT SURAU ' . jujur aku cakap , aku tersentak dengan kata kata ini . hinanya aku . mungkin kerana perwatakan aku yang tidak bertudung , bercakap agak kasar , orang terus menghukum aku seorang hamba yang terus melupakan pencipta . beginilah pemikirang manusia sekarang . ya ! mereka yang tidak bertudung terus dicop tidak baik , jahat , selalu melakukan maksiat . tidak perlu tipu akan pemikiran ini kerana inilah yang selalu berada di kotak pemikiran manusia melayu khasnya . kalau hukum Allah pun dah dilanggar , inikan dosa dosa yang lain . mereka inilah orangnya . Ya Allah . beginikah kita sekarang ? menghukum seseorang dengan membabi buta ? judge the person by its cover ? yes you did . kenapa aku hendak berubah ? aku tak akan berubah dengan sendirinya , jika tidak mendapat bimbingan dari seorang sahabat yang sentiasa menerima aku seadanya . menarik aku perlahan perlahan untuk menjadi seorang muslimah yang baik . tidak perlu kritikan , tidak perlu sindiran , tidak perlu kata kata makian . hanya memberi bimbingan dan kata kata semangat , sudah mampu mengubah hati seseorang . hati aku yang dahulunya keras , kini sudah semakin lembut dan aku hendak berubah . sahabat adalah penghubung . ini yang kita perlukan . apa yang aku cuba sampaikan adalah , jika masyarakat bersikap sebegini , tidak mustahil semua perempuan yang tidak bertudung akan mula memakai hijab menutup auratnya . percayalah . hati menjadi semakin keras bila menerima kritikan , hati akan menjadi lembut bila menerima panduan . bimbinglah kami , bawalah kami ke jalan yang benar . janganlah terus menghukum sebegitu rupa . tidak adil namanya . tak mustahil aku cakap jika seseorang perempuan tu dah betul betul nak berubah , then bila orang kutuk ckp macam macam disebabkan dirinya tidak memakai tudung semata mata , perempuan itu akan berubah menjadi seorang yang lebih teruk akhlaknya disebabkan hati yang memberontak . bukan maksud aku , perempuan yang tidak memakai tudung tidak eprlu ditegur , tapi orang yang menegur haruslah bijak dalam menegur . ibarat menarik rambut dalam tepung . aku tidak sempurna , maka bimbinglah aku . tegurlah aku . jangan terus dihukum . itu pinta aku .
*maaf jika ada yang salah dan silap . ini hanyalah luahan hati semata mata .
Assalamualaikum .
MashaAllah, semoga anda diberi Taufiq Hidayah oleh-Nya. Amin :)
ReplyDelete