21 March 2011

pekerja kerajaan











pada pukul 550am aku bangun dengan keadaan yg excited untuk clinical yang pertama . 14th of march 2011 . my first work in my whole life . to make it interesting . i worked at the hospital . HOSPITAL SULTAN ISMAIL (HSI) . my first impression was that this hospital was nice . tiba tiba teringat hospital putrajaya . sebab lebih kurang sama je . facilities dia lengkap . fully air cond . tempat ni hebat . at first mmg blur nak abih . rasa mcm masuk rumah orang tapi tuan rumah busy kemas ubah . *okay mungkin imaginasi tentang tuan rumah ni melebih lebih . ignore it . HAHA . hari first just ikut je mana akak2 senior nurse pegi . membontot je lah keje aku . blue pit and red pit . woahh they were awesome ! nurses hebat . have to admit . kerja diaorg lagi susah dari keje apa apa pun . and i am proud of them . tanpa nurses memang hospital x leh dijalankan . my experince banyak . aku nampak patient yg merana disebabkan penyakit yg mereka sendiri x mahu ada dalam diri mereka . menangis , merayu , merengek minta untuk dijaga . tapi apakan daya . bukan sahaja aku , tapi mereka semua x mampu . kami hanya mampu berusaha untuk membantu . berat mata memandang berat lagi bahu memikul . aku mula sedar akan tanggungjawab . aku mula sedar yang hidup ini amat bermakna . aku mula sedar erti kesyukuran . aku sihat . aku boleh berjalan , makan , bergurau seperti manusia biasa lain . tapi di dalam satu bangunan yang serba moden terdapat pelbagai manusia yang merana berbagai bagai jenis penyakit . kadang kadang aku terpikir . kuat sungguh mereka ini . berat dugaan yang Allah berikan . luka yang dialami bukanlah sperti yang disangka . aku tak mampu hadapi hari hari di clinical . aku tak kuat . aku x mampu . tapi aku gagahkan juga . aku nak membantu . aku nak memberikan khidmat aku . aku juru xray . tapi aku harus membantu mereka yang memerlukan . aku harus cuba . dan aku harus ikhlas . hati aku kata tidak , tapi badan harus pergi untuk bekerja . aku gagahkan jugak . aku memaksa diri . aku menyeksa diri . sampai satu tahap . aku dah x mampu lagi . tapi ini yang aku pilih . mungkin ada hikmahnya . aku rasa gembira bila lihat patient sihat . ketawa . itu membuat aku rasa lebih senang . aku usaha untuk buat lawak bodoh tak semena aku . tapi tu sahaja cara untuk aku bazirkan masa aku . dan mungkin membantu patient . berikan semangat . itu sahaja yang aku mampu . bila aku dalam ward , aku teringat mama abah . hampir menangis aku di ward apabila melihat sepasang suami isteri . si suami menjaga isterinya . ikut apa sahaja kemahuan isterinya . tutur kata , pergerkan badan . sama macam abah . aku rindukan abah . aku paling degil . kata abah . haha . setiap kali aku di hospital aku berharap aku boleh membantu selamatkan nyawa semua orang . biar semua orang pulang dengan gembira . tiada yang perlu dihantar ke unit forensik . tapi aku dapat terpaksa menghadapi apa yang aku paling tidak mahu terjadi . ya . patient itu terpaksa pergi . aku melihat satu kejadian yang aku sendiri sedar . Allah sudah tunjuk pada aku kuasaNya . Allah maha besar . seorang patient mmg x dapat diselamatkan lagi . tapi tidak mengapa . bukan sudah sampai ajalnya . daripada hidup menderita selama lamanya . biarkan dia pergi . tapi duka diubat dengan suka . Alhamdullilah . 5 pesakit yang aku selalu bergelak ketawa , bersembang hal dunia sudah sembuh . lega tengok suma orang sihat . boleh bergelak ketawa . itulah kehidupan . pekerjaan di hospital amat menguji seseorang . tak kira apa sahaja bidang . tidak kiralah siapa kita . radiographer , nurses , physiotherapist , or OT's . kita bekerja bersama . dan jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga . belajar kenali orang terlebih dahulu sebelum mengkuhum . itu yang diajar oleh mama . aku lebih suka menerima seseorang daripada menghukum . apa guna berdendam ? bukannya elaun boleh naik pun ? HAHA
*okay dah semakin merepek !

konklusinya ;
NURUL NABILA NADIA tengah berusaha untuk menjadi seorang radiographer yang tahu mengenai hal hal menjaga pesakit dan aku sangat ingin berkhidmat untuk pesakit kerana selagi kudrat aku masih ada . selagi itu aku berkhidmat . keluhan dan rengekan akan selalu diucap . tapi hati masih ingin membantu . itulah aku .

Assalamualaikum
: )

No comments:

Post a Comment