29 March 2011

peperiksaan formatif tahun satu sem satu

28th of march 2011 ;

penjagaan pesakit ; okay aku tau jaga . tapi aku tak ingat theory . nasib baik time clinical aku ada lah buat sikit sikit yang masuk dalam exam ni . nak tak nak kene rewind balik kenangan clinical . okay agak membantu sebenarnye except teknik pertolongan cemas kepada pesakit yang terhidu gas beracun . WTH ? nak je aku tulis . biarkan pesakit mengalaminya sendiri kerana ini takdir Allah , kita tak mampu mengubahnya . tapi memang tak lah kannnnnnnn . aku mampu tulis call 999 . tu pun boleh confius whether 999 or 911 ! dayummm .

psychology ; oh wahai psychology yang boleh membuatkan aku merana sepanjang hari memikirkan bahasa ibunda kamu yang amat mantap dan amat konkrit untuk aku memahami dengan akal aku yang serba tidak lengkap pada waktu petang disebabkan oleh ketiduran yang amat nyeyak di atas katil azimat aku . belajar bagai nak rak , yang masuk macam haremm . asuhan ? okay aku amik masa yang lama untuk baca soalan . dan mungkin fikiran aku dah pegi ke city square mall untuk beberapa minit . nampak tak kebosanan yang dialami ? ya memang bosan !

29th of march 2011 ;

fizik am ; okay totally agak baik sebenarnya . aku agak keliru . and maybe aku ada buat silly mistakes . aku ada terpikir sekarang . and aku baca bagai nak rak atom menghentam menghentam and time exam aku pulak yang rasa nak hentam kepala aku atas meja sampai kemek ! soalan basic ! x boleh jawab ? ohhhhh memalukannn lah nabila ! sangat memalukan . malu malu malu lahhhhhh .

30th of march 2011 ;

pathology . petang sebelum exam . berusaha bersungguh sungguh mengkaji ilmu patho . 5 chapters . wuish . dugaan gila . dengan nama saintifik yang ntah apa apa . memang tergeliat mulut aku nak hafal . jalan terbaik buat nota kecik . MENCUBA di saat akhir . malam pun start study . tapi kemalasan tu dah ada lah . *berlagak sebab petang dah study . tapi hati gelabah jugak . okay di pagi yang hening . MCQ bolehhh lahhh . ada confius sikit sikit . but still i managed to handle my problems . amik masa nak ingat balik . harap jawapan yang aku hitamkan sehitam hitam tu betul . penat lah tanda borang OMR . leceh . hahaha . *mengada , i know ! then SEQ . aku memang excited nak buat soalan esssay ni . sebab semalam macam macam analogy aku gunakan . mak limah lah , pisang rawa , pukul memukul , darah berombak lah , melompat lompat lah , bersesak nafas lah . and bila tengok soalan . menda pertama aku sebut CELAKA ! yes . disappointed gila nak matiii aku time tu . i was shocked . aku rasa semua orang . aku memang gelak sorang sorang . frust menonggeng . keluar soalan pasal takrifan JE ! JE ! dude , memang x ah nak hafal takrifan sangat . more focused on process and mechanism . and 20 markah dia bagi untuk TAKRIFAN JE ! memang aku frust . nasib baik ada jugak aku menghafal . thanks to amirul . banyak ajar aku . mana yang aku tak tau , aku buat macam goreng nasi kerabu campur burung puyuh campur telur dadar . berfalsafah aku time jawab . dah x tau jawapan . memang mengarut je lah keje aku . apa apa pun . aku tawakal . haha

31st of march 2011 ;

fizik sinaran . bersinar sinar mata aku menjawab soalan dia . okay aku mengaku , yang aku underestimate fizik sinaran . aku ingat sama mcm fizik am . rupanya . woahhh ! time paper OMR , boleh lah jawab . tapi ada gak satu dua soalan yang aku mcm stuck and confius dengan diri sendiri . selalu mcm tuu ! berimaginasi lah aku di saat itu . berputar putar tangan , berbelit neuron , meracau pemikiran . hasilnya . tiada . haha . mengharapkan yang terbaik je lah labuu . then essay questions . okay mula mula macam seronok sbb ingat 2 soalan je . tengok tengok ada 3 . okay semakin nervous . then bila bukak soalan . MasyAllah ! dengan bantuan gambar rajah . aku da menggelabah . perbandingan yang aku mmg spot masuk , memang masuk . tapi mende tu x masuk dalam otak aku ! ohh sangat menyesal . tapi aku cuba sedaya upaya . time essay apa yang aku mampu mengoreng dengan semantap mungkin . mencuba yang terbaik . aku nak A . tu target aku . i want something great . at least . well rasanya macam susah je . tapi x apa . all effort aku da bagi , now tawakal kepada Allah . tomorrow Anatomy ! i am dead .

1st of April 2011 ;

anatomy and physiology . okay i stayed up late just for anatomy . studied like hell just for anatomy . pushing myself to the limit . pujuk diri untuk belajar anatomy . paksa diri untuk ingat dan paham . and i felt nervous abou anatomy . rasa x sedap hati je . otak pun makin bercelaru . dah x boleh pikir dengan betul dah . i dont know . ni last paper . and ni je exam yang aku paling x cool sekali . langsung tak . and exam pun start . OMR aku x tau jawap 7 soalan dari 20 soalan . teruk i know . and aku pun dah x tentu arah dah . i dont what had happened . but i am totally lost in the hall . then the essay paper . sumpah seranah semua ada . soalan macam haremmm ! pembentukan tulang ? epithilum cell ? mitosis ? 10 takrifan ? nice lah kan ! aku hanya amik masa 30 minit untuk siapkan . bukan semua . mana yang aku tau . lagi 30 minit aku meracau . distracted dengan orang depan yang dok pandang pandang x abih abih . dengan kaki orang yang asyik nak bergetar dari first day sampai sekarang . dengan muka tension orang kiri kanan . aku mengambil keputusan untuk give up . yes aku gave up ! sucks kan ? i know . i am a loser . pathetic . too much to cover and then all of them disappeared just like that ? nothing in my mind . well no luck . i am trying so hard in the hall . forced my brain to remember all of the words . but i just failed . failed to impress my self . failed to perform well . i dont want to be a loser like i used to be before . but i thought i am just a loser . nothing can change that . i am emotional . iknow . i had put all my effort for this . and thats the result ? unacceptable for me . i can do much better than that . but i just cant . loser .

*we will see about the result . maybe after my clinical . hope for the best .

25 March 2011

past is past

kenapa kita susah nak lupakan masa silam kita ? kenapa kita susah nak berubah ? kenapa kita suka membanding bandingkan perkara lama dengan apa yang kita sudah ada sekarang ? thats what i am doing right now . starting from the day i was here until now . endless comparison . mengeluh sepanjang masa . aku x bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ? mungkin aku x bole terima keadaan aku sekarang . begitu besar jurang antara masa silam aku dengan apa yang aku ada sekarang . yeah i am talking bout my studies . masa sekolah rendah . sekolah menengah . matrikulasi . college . lots of difference . no doubt about that . i love matriks the most . well maybe because i dont have any harsh memories right there . everythng went just perfect until now . maybe my highschool period wasnt that cool because i had so much problems . yet lots of love and happiness with the hyve . orang dekat luar sibuk bersorak riang untuk hari sukan college . i wan to be there . but i dont have that bunch of groups to cheer ourselves out there . i have hyve . i have rahmat's . but right here ? i dont have one . maybe mas is the only girl that have the same concept of neuron like me . but still we are not that close . i miss my past soo much . well jb is not that bad actually but sometimes i feel so lonely right here . dulu masa bangun bangun pagi mesti ada orang yang greet selamat pagi dekat aku . or membebel dekat aku ? haha . i miss my roomates . kalau aku bangun pukul 12 mesti kene bebel . but still i love them . kalau balik dari class boleh borak2 , gelak gelak . but i dont have it right now . no more . bangun pagi pagi dalam keadaan serba kebosanan . berapa lama lagi aku perlukan ? berapa lama lagi aku nak dalam keadaan macam ni ? turun makan sorang sorang ? makan sorang sorang ? keluar sorang sorang ? belajar sorang sorang ? Ya Allah peritnya rasa . daripada menjadi terbiasa dalam kelompok kawan yang ramai , aku kembali keseorangan . mungkin aku x akan ada kawan yang ramai kat jb ni . or maybe it will takes time . tapi aku dah penat menunggu . penat untuk semuanya . mungkin aku suka merungut tentang apa yang aku ada sekarang , mungkin aku terlampau mengada mengada , mungkin aku terlampau demand tentang apa yang aku ada . tapi aku sukar untuk terima semua ini . have to say that i miss the old nabila nadia . i am not like before . less talking , and laughing . maybe the radiographers said i talk a lot . but i dont think i am . because thats not the real me . i am just trying to be nice to everyone . but still past is past .

24 March 2011

abah


i am proud of you nadia . abah sayang nadia .

i am crying when i read this message . every night befo i go to sleep or go to kick my ass out to the hospital , i will read this message . it really really boost up my spirit . abah never say this to me . but now i have proved to him that i can make him proud of me .

*i love you abah .

<3

23 March 2011

sijil keputusan malaysia


tahniah lah sapa sapa yang dapat straight A's : )


*tiba tiba teringat kisah lama . dulu time aku nak amik slip SPM , memang banyak drama . sampai aku pun phobia nak pegi sekolah tu lagii dah . and honestly sampai sekarang pun kalau boleh aku nak avoid pegi sekolah tu . nak buang cerita lama . perangai lama . but past is past . i cant turn back the time . stupid mistakes . old days . immatured . oh yeah . the old nabila nadia . saya mintak maaf cikgu . tapi melalui kesilapan itulah aku belajar jadi seorang pelajar , anak yang lebih baik . terima kasih cikgu .

22 March 2011

ibu bapa






mama abah .
banyak yang aku belajar dari mereka . yang tak mampu cikgu cikgu aku ajar di sekolah . dari kecil sampai sekarang . mereka lah yang usaha bersungguh sungguh . masa kecik kecik , sebelum hantar rumah mak , mama upah chocs beli kat kedai pak cik an . stay with mak sampai pukul 6 . then mama datang amik . i still remember . aku lah orang paling happy bila jumpa mama . then malam mama and abah terpaksa pegi meeting . i left with my lil brothers dekat rumah . kami x kisah pun . sebab mama cakap mama keluar cari duit . kena kerja kalau nak duit . and on that time i was 8 or 9 yo . tapi aku paham . kami x kisah pun . but peoples keep talking . nothing we can do to shut their mouth . mama and abah x kisah pun . jiran jiran tak baik ngn kita pun x pa . janji kita x kacau orang . tu yang mama selalu cakap . and mama abah sanggup habiskan duit untuk hantar aku pegi tuition . nak aku berjaya . aku pun ikut je lah . naik moto ngn abah . susa time tu . abah bawak sloww gilaa ! bole kira tiang lampu , kadang kadang sampai tertido atas moto . nak je baring atas moto tapi x muat . biase lahh naik moto boon siew je . hahaha . tapi moto tu lah banyak berjasa pada semua adik beradik aku . bermula dari kehidupan yang susah , kemudian menjadi semakin baik dari hari ke hari . mama banyak ajar aku erti kehidupan . pengorbanan anak terhadap ibu . aku belajar semua itu . aku marah kalau orang buat apa apa pada mama . tapi aku selalu sakitkan hati mama . derhaka nya aku sebagai seorang anak . satu satu masalah yang aku bagi . masalah di sekolah . degil nak mati ! itu semua ada dalam diri aku . aku ego nak ucap aku sayang mama abah . aku ego nak tunjuk kasih sayang aku . tapi aku rasa rugi dan menyesal kalau aku tak tunjukkan sekarang sementara mereka masih ada . ramai orang kat luar sana yang menyesal sebab tak berpeluang nak ucapkan sayang pada ibu bapa . tapi aku masih nak bersikap ego ? tidak ! aku x mahu . mungkin aku x mampu ucap dengan kata kata , tapi mungkin segala perbuatan yang baik aku buat , segala doa akan membahagiakan mereka . abah selalu cakap aku degil . aku yang paling degil . aku suka memberontak . kadang kadang menangis jugak aku bila pikir tentang abah . sudah berapa kali mimpi yang sama aku dapat . tapi degil menjadi penghalang aku dan abah . aku suka sakitkan hati abah . aku suka buat abah kecewa dengan aku . aku tak tahu kenapa . tapi aku repel dengan abah , aku tak mahu , tapi kadang kadang perbuatan yang aku lakukan selalu tanpa memikirkan impak yang aku terpaksa hadapi . abah marah , kecewa dengan aku . tapi lama lama aku mula sedar . aku harus berubah . aku mula berubah sedikit demi sedikit demi abah . mama merupakan insan yang selalu berada dalam kotak fikiran aku . segala nasihat yg diberikan , akan aku praktikkan . mama selalu cakap jangan kita benci orang , jangan marah jika orang benci kita , jangan mudah melatah . mama tak pernah merungut tentang sakitnya . dia selalu usaha untuk bagi segala yang anak dia perlukan . apa sahaja akan diberi . tidak kiralah sakit atau tidak hati mama , dia akan terus sayang anak anaknya . memberi segalanya .

orang selalu cakap kita harus pilih jalan kita sendiri . jangan disebabkan pilihan ibu bapa kita terpaksa ikut . aku pilih jalan yang ibu bapa pilih untuk aku . bagi aku mereka mempunyai hak untuk memilih bagi pihak aku . orang akan cakap yang aku tiada pendirian . tidak independent . tapi ini pilihan aku . aku akan membahagiakan mama dan abah walaupun aku sukar untuk terima . segala yang aku buat , hanya untuk mama abah . aku nak membalas jasa mereka sementara masih sempat . aku akan tunaikan janji aku .

*kenapa aku post blog ini adalah disebabkan manusia manusia yang aku lihat di sekeliling aku yang mula lupakan ibu bapa mereka . keresahan , keletihan , kesedihan di wajah mereka . tapi di mana anak anak ? di mana mereka bila ibu bapa memerlukan ? pelbagai alasan . pelbagai kata kata . tapi tak dapat dibandingkan dengan air mata seorang ibu yang dahagakan kasih sayang anak anak . mereka hanya tahu datang dan pergi . semuanya bergantung pada orang lain . she is you own mother . be responsible . dont be so selfish . if hari ni kita buat pada ibu kita , tak mustahil nanti anak anak kita akan lakukan menda yang sama pada kita . tolonglah . air mata ibu sangat susah untuk tanggung dosanya .

21 March 2011

pekerja kerajaan











pada pukul 550am aku bangun dengan keadaan yg excited untuk clinical yang pertama . 14th of march 2011 . my first work in my whole life . to make it interesting . i worked at the hospital . HOSPITAL SULTAN ISMAIL (HSI) . my first impression was that this hospital was nice . tiba tiba teringat hospital putrajaya . sebab lebih kurang sama je . facilities dia lengkap . fully air cond . tempat ni hebat . at first mmg blur nak abih . rasa mcm masuk rumah orang tapi tuan rumah busy kemas ubah . *okay mungkin imaginasi tentang tuan rumah ni melebih lebih . ignore it . HAHA . hari first just ikut je mana akak2 senior nurse pegi . membontot je lah keje aku . blue pit and red pit . woahh they were awesome ! nurses hebat . have to admit . kerja diaorg lagi susah dari keje apa apa pun . and i am proud of them . tanpa nurses memang hospital x leh dijalankan . my experince banyak . aku nampak patient yg merana disebabkan penyakit yg mereka sendiri x mahu ada dalam diri mereka . menangis , merayu , merengek minta untuk dijaga . tapi apakan daya . bukan sahaja aku , tapi mereka semua x mampu . kami hanya mampu berusaha untuk membantu . berat mata memandang berat lagi bahu memikul . aku mula sedar akan tanggungjawab . aku mula sedar yang hidup ini amat bermakna . aku mula sedar erti kesyukuran . aku sihat . aku boleh berjalan , makan , bergurau seperti manusia biasa lain . tapi di dalam satu bangunan yang serba moden terdapat pelbagai manusia yang merana berbagai bagai jenis penyakit . kadang kadang aku terpikir . kuat sungguh mereka ini . berat dugaan yang Allah berikan . luka yang dialami bukanlah sperti yang disangka . aku tak mampu hadapi hari hari di clinical . aku tak kuat . aku x mampu . tapi aku gagahkan juga . aku nak membantu . aku nak memberikan khidmat aku . aku juru xray . tapi aku harus membantu mereka yang memerlukan . aku harus cuba . dan aku harus ikhlas . hati aku kata tidak , tapi badan harus pergi untuk bekerja . aku gagahkan jugak . aku memaksa diri . aku menyeksa diri . sampai satu tahap . aku dah x mampu lagi . tapi ini yang aku pilih . mungkin ada hikmahnya . aku rasa gembira bila lihat patient sihat . ketawa . itu membuat aku rasa lebih senang . aku usaha untuk buat lawak bodoh tak semena aku . tapi tu sahaja cara untuk aku bazirkan masa aku . dan mungkin membantu patient . berikan semangat . itu sahaja yang aku mampu . bila aku dalam ward , aku teringat mama abah . hampir menangis aku di ward apabila melihat sepasang suami isteri . si suami menjaga isterinya . ikut apa sahaja kemahuan isterinya . tutur kata , pergerkan badan . sama macam abah . aku rindukan abah . aku paling degil . kata abah . haha . setiap kali aku di hospital aku berharap aku boleh membantu selamatkan nyawa semua orang . biar semua orang pulang dengan gembira . tiada yang perlu dihantar ke unit forensik . tapi aku dapat terpaksa menghadapi apa yang aku paling tidak mahu terjadi . ya . patient itu terpaksa pergi . aku melihat satu kejadian yang aku sendiri sedar . Allah sudah tunjuk pada aku kuasaNya . Allah maha besar . seorang patient mmg x dapat diselamatkan lagi . tapi tidak mengapa . bukan sudah sampai ajalnya . daripada hidup menderita selama lamanya . biarkan dia pergi . tapi duka diubat dengan suka . Alhamdullilah . 5 pesakit yang aku selalu bergelak ketawa , bersembang hal dunia sudah sembuh . lega tengok suma orang sihat . boleh bergelak ketawa . itulah kehidupan . pekerjaan di hospital amat menguji seseorang . tak kira apa sahaja bidang . tidak kiralah siapa kita . radiographer , nurses , physiotherapist , or OT's . kita bekerja bersama . dan jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga . belajar kenali orang terlebih dahulu sebelum mengkuhum . itu yang diajar oleh mama . aku lebih suka menerima seseorang daripada menghukum . apa guna berdendam ? bukannya elaun boleh naik pun ? HAHA
*okay dah semakin merepek !

konklusinya ;
NURUL NABILA NADIA tengah berusaha untuk menjadi seorang radiographer yang tahu mengenai hal hal menjaga pesakit dan aku sangat ingin berkhidmat untuk pesakit kerana selagi kudrat aku masih ada . selagi itu aku berkhidmat . keluhan dan rengekan akan selalu diucap . tapi hati masih ingin membantu . itulah aku .

Assalamualaikum
: )

09 March 2011

neuron

i should stop thinking nonsense and be more focus in my life . be calm and easy . shame on you nabila !

07 March 2011

ca wau ta ya

ca wau ta ya means cuti yeaa . x yah nak pk susah susah sangat . tangan nak gerak gerak nak try tulis balik ayat kat atas dalam bentuk tulisan jawi . HAHAHAHAHA . okay back to our story . saya sedan ca wau ta ya (CUTI) fo a week . bukan 2 hri seperti apa yg hyve sangkakan . sangat tidak tepat . haha . and saya sekarang berada dalam mood yang palinggg happy sekali . but yesterday not so good sbb man u kalah . damnn ! ergh . ignore about it . my journey throughout this hols akan diceritakan dalam next entry . this entry hanya sekadar semakan dashborad korang je . hahaha .

bye bye
: )

01 March 2011

anak manja

now i am officially miss my familyyy.nakkkkkk balikk lah wehhh!gosh.rasa kelam je dok jb ni.nothng fun.i dont know why home is the best place to be.sedangkan sama je kot suasana umah and cllge.but still being around with people that u love,will make ur life easy.rasa seronok,gembira sangat bila boleh tengok muka mama abah.they are my soul.they are my everythng.i dont need other people than them.
now officially saya mengisytiharkan yang saya nurul nabila nadia binti kamarudin adalah seorang anak yanggg sangattt manja dan mengada dengan mama dan abahnya.wekk. :)