24 March 2011

abah


i am proud of you nadia . abah sayang nadia .

i am crying when i read this message . every night befo i go to sleep or go to kick my ass out to the hospital , i will read this message . it really really boost up my spirit . abah never say this to me . but now i have proved to him that i can make him proud of me .

*i love you abah .

<3

23 March 2011

sijil keputusan malaysia


tahniah lah sapa sapa yang dapat straight A's : )


*tiba tiba teringat kisah lama . dulu time aku nak amik slip SPM , memang banyak drama . sampai aku pun phobia nak pegi sekolah tu lagii dah . and honestly sampai sekarang pun kalau boleh aku nak avoid pegi sekolah tu . nak buang cerita lama . perangai lama . but past is past . i cant turn back the time . stupid mistakes . old days . immatured . oh yeah . the old nabila nadia . saya mintak maaf cikgu . tapi melalui kesilapan itulah aku belajar jadi seorang pelajar , anak yang lebih baik . terima kasih cikgu .

22 March 2011

ibu bapa






mama abah .
banyak yang aku belajar dari mereka . yang tak mampu cikgu cikgu aku ajar di sekolah . dari kecil sampai sekarang . mereka lah yang usaha bersungguh sungguh . masa kecik kecik , sebelum hantar rumah mak , mama upah chocs beli kat kedai pak cik an . stay with mak sampai pukul 6 . then mama datang amik . i still remember . aku lah orang paling happy bila jumpa mama . then malam mama and abah terpaksa pegi meeting . i left with my lil brothers dekat rumah . kami x kisah pun . sebab mama cakap mama keluar cari duit . kena kerja kalau nak duit . and on that time i was 8 or 9 yo . tapi aku paham . kami x kisah pun . but peoples keep talking . nothing we can do to shut their mouth . mama and abah x kisah pun . jiran jiran tak baik ngn kita pun x pa . janji kita x kacau orang . tu yang mama selalu cakap . and mama abah sanggup habiskan duit untuk hantar aku pegi tuition . nak aku berjaya . aku pun ikut je lah . naik moto ngn abah . susa time tu . abah bawak sloww gilaa ! bole kira tiang lampu , kadang kadang sampai tertido atas moto . nak je baring atas moto tapi x muat . biase lahh naik moto boon siew je . hahaha . tapi moto tu lah banyak berjasa pada semua adik beradik aku . bermula dari kehidupan yang susah , kemudian menjadi semakin baik dari hari ke hari . mama banyak ajar aku erti kehidupan . pengorbanan anak terhadap ibu . aku belajar semua itu . aku marah kalau orang buat apa apa pada mama . tapi aku selalu sakitkan hati mama . derhaka nya aku sebagai seorang anak . satu satu masalah yang aku bagi . masalah di sekolah . degil nak mati ! itu semua ada dalam diri aku . aku ego nak ucap aku sayang mama abah . aku ego nak tunjuk kasih sayang aku . tapi aku rasa rugi dan menyesal kalau aku tak tunjukkan sekarang sementara mereka masih ada . ramai orang kat luar sana yang menyesal sebab tak berpeluang nak ucapkan sayang pada ibu bapa . tapi aku masih nak bersikap ego ? tidak ! aku x mahu . mungkin aku x mampu ucap dengan kata kata , tapi mungkin segala perbuatan yang baik aku buat , segala doa akan membahagiakan mereka . abah selalu cakap aku degil . aku yang paling degil . aku suka memberontak . kadang kadang menangis jugak aku bila pikir tentang abah . sudah berapa kali mimpi yang sama aku dapat . tapi degil menjadi penghalang aku dan abah . aku suka sakitkan hati abah . aku suka buat abah kecewa dengan aku . aku tak tahu kenapa . tapi aku repel dengan abah , aku tak mahu , tapi kadang kadang perbuatan yang aku lakukan selalu tanpa memikirkan impak yang aku terpaksa hadapi . abah marah , kecewa dengan aku . tapi lama lama aku mula sedar . aku harus berubah . aku mula berubah sedikit demi sedikit demi abah . mama merupakan insan yang selalu berada dalam kotak fikiran aku . segala nasihat yg diberikan , akan aku praktikkan . mama selalu cakap jangan kita benci orang , jangan marah jika orang benci kita , jangan mudah melatah . mama tak pernah merungut tentang sakitnya . dia selalu usaha untuk bagi segala yang anak dia perlukan . apa sahaja akan diberi . tidak kiralah sakit atau tidak hati mama , dia akan terus sayang anak anaknya . memberi segalanya .

orang selalu cakap kita harus pilih jalan kita sendiri . jangan disebabkan pilihan ibu bapa kita terpaksa ikut . aku pilih jalan yang ibu bapa pilih untuk aku . bagi aku mereka mempunyai hak untuk memilih bagi pihak aku . orang akan cakap yang aku tiada pendirian . tidak independent . tapi ini pilihan aku . aku akan membahagiakan mama dan abah walaupun aku sukar untuk terima . segala yang aku buat , hanya untuk mama abah . aku nak membalas jasa mereka sementara masih sempat . aku akan tunaikan janji aku .

*kenapa aku post blog ini adalah disebabkan manusia manusia yang aku lihat di sekeliling aku yang mula lupakan ibu bapa mereka . keresahan , keletihan , kesedihan di wajah mereka . tapi di mana anak anak ? di mana mereka bila ibu bapa memerlukan ? pelbagai alasan . pelbagai kata kata . tapi tak dapat dibandingkan dengan air mata seorang ibu yang dahagakan kasih sayang anak anak . mereka hanya tahu datang dan pergi . semuanya bergantung pada orang lain . she is you own mother . be responsible . dont be so selfish . if hari ni kita buat pada ibu kita , tak mustahil nanti anak anak kita akan lakukan menda yang sama pada kita . tolonglah . air mata ibu sangat susah untuk tanggung dosanya .

21 March 2011

pekerja kerajaan











pada pukul 550am aku bangun dengan keadaan yg excited untuk clinical yang pertama . 14th of march 2011 . my first work in my whole life . to make it interesting . i worked at the hospital . HOSPITAL SULTAN ISMAIL (HSI) . my first impression was that this hospital was nice . tiba tiba teringat hospital putrajaya . sebab lebih kurang sama je . facilities dia lengkap . fully air cond . tempat ni hebat . at first mmg blur nak abih . rasa mcm masuk rumah orang tapi tuan rumah busy kemas ubah . *okay mungkin imaginasi tentang tuan rumah ni melebih lebih . ignore it . HAHA . hari first just ikut je mana akak2 senior nurse pegi . membontot je lah keje aku . blue pit and red pit . woahh they were awesome ! nurses hebat . have to admit . kerja diaorg lagi susah dari keje apa apa pun . and i am proud of them . tanpa nurses memang hospital x leh dijalankan . my experince banyak . aku nampak patient yg merana disebabkan penyakit yg mereka sendiri x mahu ada dalam diri mereka . menangis , merayu , merengek minta untuk dijaga . tapi apakan daya . bukan sahaja aku , tapi mereka semua x mampu . kami hanya mampu berusaha untuk membantu . berat mata memandang berat lagi bahu memikul . aku mula sedar akan tanggungjawab . aku mula sedar yang hidup ini amat bermakna . aku mula sedar erti kesyukuran . aku sihat . aku boleh berjalan , makan , bergurau seperti manusia biasa lain . tapi di dalam satu bangunan yang serba moden terdapat pelbagai manusia yang merana berbagai bagai jenis penyakit . kadang kadang aku terpikir . kuat sungguh mereka ini . berat dugaan yang Allah berikan . luka yang dialami bukanlah sperti yang disangka . aku tak mampu hadapi hari hari di clinical . aku tak kuat . aku x mampu . tapi aku gagahkan juga . aku nak membantu . aku nak memberikan khidmat aku . aku juru xray . tapi aku harus membantu mereka yang memerlukan . aku harus cuba . dan aku harus ikhlas . hati aku kata tidak , tapi badan harus pergi untuk bekerja . aku gagahkan jugak . aku memaksa diri . aku menyeksa diri . sampai satu tahap . aku dah x mampu lagi . tapi ini yang aku pilih . mungkin ada hikmahnya . aku rasa gembira bila lihat patient sihat . ketawa . itu membuat aku rasa lebih senang . aku usaha untuk buat lawak bodoh tak semena aku . tapi tu sahaja cara untuk aku bazirkan masa aku . dan mungkin membantu patient . berikan semangat . itu sahaja yang aku mampu . bila aku dalam ward , aku teringat mama abah . hampir menangis aku di ward apabila melihat sepasang suami isteri . si suami menjaga isterinya . ikut apa sahaja kemahuan isterinya . tutur kata , pergerkan badan . sama macam abah . aku rindukan abah . aku paling degil . kata abah . haha . setiap kali aku di hospital aku berharap aku boleh membantu selamatkan nyawa semua orang . biar semua orang pulang dengan gembira . tiada yang perlu dihantar ke unit forensik . tapi aku dapat terpaksa menghadapi apa yang aku paling tidak mahu terjadi . ya . patient itu terpaksa pergi . aku melihat satu kejadian yang aku sendiri sedar . Allah sudah tunjuk pada aku kuasaNya . Allah maha besar . seorang patient mmg x dapat diselamatkan lagi . tapi tidak mengapa . bukan sudah sampai ajalnya . daripada hidup menderita selama lamanya . biarkan dia pergi . tapi duka diubat dengan suka . Alhamdullilah . 5 pesakit yang aku selalu bergelak ketawa , bersembang hal dunia sudah sembuh . lega tengok suma orang sihat . boleh bergelak ketawa . itulah kehidupan . pekerjaan di hospital amat menguji seseorang . tak kira apa sahaja bidang . tidak kiralah siapa kita . radiographer , nurses , physiotherapist , or OT's . kita bekerja bersama . dan jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga . belajar kenali orang terlebih dahulu sebelum mengkuhum . itu yang diajar oleh mama . aku lebih suka menerima seseorang daripada menghukum . apa guna berdendam ? bukannya elaun boleh naik pun ? HAHA
*okay dah semakin merepek !

konklusinya ;
NURUL NABILA NADIA tengah berusaha untuk menjadi seorang radiographer yang tahu mengenai hal hal menjaga pesakit dan aku sangat ingin berkhidmat untuk pesakit kerana selagi kudrat aku masih ada . selagi itu aku berkhidmat . keluhan dan rengekan akan selalu diucap . tapi hati masih ingin membantu . itulah aku .

Assalamualaikum
: )

09 March 2011

neuron

i should stop thinking nonsense and be more focus in my life . be calm and easy . shame on you nabila !

07 March 2011

ca wau ta ya

ca wau ta ya means cuti yeaa . x yah nak pk susah susah sangat . tangan nak gerak gerak nak try tulis balik ayat kat atas dalam bentuk tulisan jawi . HAHAHAHAHA . okay back to our story . saya sedan ca wau ta ya (CUTI) fo a week . bukan 2 hri seperti apa yg hyve sangkakan . sangat tidak tepat . haha . and saya sekarang berada dalam mood yang palinggg happy sekali . but yesterday not so good sbb man u kalah . damnn ! ergh . ignore about it . my journey throughout this hols akan diceritakan dalam next entry . this entry hanya sekadar semakan dashborad korang je . hahaha .

bye bye
: )

01 March 2011

anak manja

now i am officially miss my familyyy.nakkkkkk balikk lah wehhh!gosh.rasa kelam je dok jb ni.nothng fun.i dont know why home is the best place to be.sedangkan sama je kot suasana umah and cllge.but still being around with people that u love,will make ur life easy.rasa seronok,gembira sangat bila boleh tengok muka mama abah.they are my soul.they are my everythng.i dont need other people than them.
now officially saya mengisytiharkan yang saya nurul nabila nadia binti kamarudin adalah seorang anak yanggg sangattt manja dan mengada dengan mama dan abahnya.wekk. :)